Pihak pengurusan PASTI Hulu langat telah membuka pra-pendaftaran pelajar PASTI bagi sesi 2012 secara online. Ibu/bapa/penjaga boleh mendaftarkan anak-anak mereka ke mana-mana PASTI Cawangan yang terdapat di kawasan Hulu Langat. (Senarai PASTI Hulu Langat) Kemasukan pelajar adalah bagi anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun sahaja.
Pra-pendaftaran online akan ditutup pada 30 November 2011. Pendaftaran selepas tarikh tersebut perlulah pergi terus ke PASTI Cawangan.
Bagi Ibu/bapa/penjaga yang telah mendaftar online, borang pendaftaran akan dihantar terus ke PASTI cawangan selepas 30 November 2011 dan ibu/bapa/penjaga boleh berhubung dengan pengurus PASTI Cawangan untuk pengesahan pendaftaran anak-anak mereka.
Walaubagaimanapun, Pra-pendaftran ini tidaklah muktamad. Ia masih bergantung kepada kekosongan yang terdapat di PASTI cawangan yang dipilih.